Pages

October 27, 2010

i need...


i'll admit it: I'm always crying..even for a very little problem i will cry...the tears come when i least expect them. and once the floodgate is opened, it doesn't shut off until it's empty..and now, what i need the most is, A SHOULDER TO CRY ON..PLZZZZ

October 25, 2010

Tanda-Tanda Kematian


Tanda 100 hari menjelang meninggal

" Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya...... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak....Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar...... Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini
adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan keha! diran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat... Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari

anda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...
Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika...

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........


Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian
dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...


Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan Beransur- ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...


Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya....


Tanda akhir


Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita
terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU
ADALAH BIJAK

Dari dia kita datang, kepada dia kita kembali...

October 21, 2010

Kenapa perempuan mudah menangis...


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.

October 13, 2010

Sensitif?

Sensitifkah aku?? ye..mmg..sangat2..lately ni nak marah je, xbley silap sikit, angin aku naik..xde mood, malas wat keje, nangis, tu la rutin harian aku..even bende2 simple pon ley wat aku down gile..kenapekah???

ni kajian tarikh lahir oleh Dato' Dr fadhilah Kamsah

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut,
mudah berubah sikap, perangaiidea @ mood idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik,
cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

yg besar2 kat atas tu sangat2 sama dgn perangai sebenar aku~



October 10, 2010

ye saya...

salam...

agak2 ade org bace ke tak blog ni? mcm xde je kan..haha..setelah sekian lamanya aku bercuti tanpa gaji dari dunia blogger ni, hari ini aku kembali lg..kerana ape? kerana, mlm ni sedikit free walau pon dgn keadaan diri yg xberapa sihat..kepala pening2, badan sakit2, demam pon ade jugak..tp xpe, ptg td da lama sgt tido, so mlm ni tergerak plak hati nk bukak blog ni, yg sebenarnye, secara jujurnya, dah lama x menjengoknye..kalau blog ni diibaratkan seperti umi ngan abah, dah lama downg xnak ngaku anak kan..selama lebih sebulan rasanya blog ni dianak tirikan *mcm penah ade anak jek* bukan sengaja utk tinggal blog sepi ni sepi begitu sahaja, tp ade tugas lain yg aku kira lebih penting..

sebenarnye, ade cerita yg ingin diluahkan disini..cerita sepanjang berbulan lamanye menyepi..walaupon rasenye xde pon sesiapa yg baca blog sepi aku ni, tp dgn penuh harapan segala ape yg terpendam djiwa ni terluah dah terubat..

segalanye bermula dgn tidak sengaja "terlibat" lg dengan event..yg bermula sebelom tibanye bulan ramadhan..kali ni dgn tangjungjawab yg lebih besar, dgn pengalaman yg tidak seberapa, diamanahkan untuk menjadi assistan head untuk logistik department ramadhan discovery..department yg sememangnye penting, "crucial" dlm setiap event..tanpa adanye LOG tidak akan berlangsungnya sesuah event tu..mcm2 dugaan dan halangan yg jd semasa berlangsungnye RD tahun ni..menjadi kakak kepada adik2 yg baru belajar menguruskan event..segala kerja AD HOC yg mmg mencabar..tp secara jujurnya, department ni yg paling best, paling mesra sepanjang melibatkan diri dgn event..adik2 yg sporting, terasa mcm tibe2 dapat ramai adik..wow..haha..cukup utk RD..semuanya simpan jd kenangan..menangis berkali2 kerana RD, dan mcm2 yg terjadi..

penglibatan dgn HELWI UTP bermula bile rase terpanggil untuk mencuba "interview" rakan masjid utp..dah berkali2 akak2 suruh, baru kali ni nak g haha..dgn tidak terduga, tugas dalam HELWI sgt3 mencabar..sebagai AJK baru, aku rase xlayak diberi jawatan yg agak tinggi dlm HELWI ni..tapi, atas faktor ape dan kenape, aku sendiri pon xtau, aku diamanahkan untuk jadi bendahari HELWI..dan satu lg turning point, kejutan yg sangat2 hebat, bile diamanahkan skali lagi, untuk menjadi PROJEK MANAGER untuk DINNER NIGHT HELWi..mcm2 dugaan yg maha hebat ditempuh untuk merealisasikan amanah, perangcangan n tugasan yg aku kira sangat berat untuk ahli baru seperti aku..org memandang aku penuh dgan pengalaman, tp sebaliknye pada aku..aku masih baru di utp, tak banyak yg aku tau pasal utp..macam2 masala yg aku tempuh sepanjang memegang tugas ni, dr awal sehinggalah berlangsungnye event ni..dr DINNER NIGHT terpaksa ditukar kepada OPEN HOUSE HELWI..atas sebab2 yg tak terduga dan xdapat dielakkan..segala perangcangan awal semuanya hancur berkecai, dan terpaksa merancang kembali..satu keadaan yg sgt sukar, dgn masa sebagai factor penting..tp alhamdulillah, segala penat lelah dan ape yg dikorbankan terbalas setelah berlangsungnye open house helwi yg agak mendapat sambutan..

segala tugas tak berakhir disini sja, mcm2 bende yg dah tertulis kat planner..semuanya perlu dilaksanakan, mampu or tak mmpu bergantung kepada tahap kesihatan..masalah kesihatan selalu mengganggu setiap kerje..***wanie! manja betol! berubah laaaa!!!***

tibe2 rase ayat2 kat atas ni sumenye skema2 belaka..kenape?? ntah..renung2 kan dan selamat beramal hahaha kalau perasan, xde langsung gambar kan..bukan xnak letak, byk sgt gambar event2 dan gambar terbaru..tp internet xberapa nk ok, bil broadband pon xsempat nk g bayar lg..untuk gambar next time ye wahai blog..** aku sedang bercakap dgn blog ni**